Will Smith telah diminta namun enggan tinggalkan Oscar selepas insiden tampar - Akademi

Astro Awani
Mac 31, 2022 00:17 MYT
Insiden tampar Chris Rock di pentas Oscar yang mengejutkan ramai pihak. -Reuters
PELAKON Will Smith telah diminta untuk meninggalkan majlis anugerah Oscar pada Ahad selepas menampar pelawak Chris Rock.
Penganjur Anugerah Akademi pada Rabu memaklumkan ia telah cuba meminta pelakon itu keluar namun tidak diendah.
"Kejadian yang berlaku tidak kami jangkakan.
"Kami ingin menjelaskan bahawa Smith telah diminta meninggalkan majlis namun dia menolak.
"Kami juga sedar yang kami patut kendalikan situasi itu dengan cara yang berbeza," tulis kenyataan pihak Akademi.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan desakan orang ramai yang mempersoal mengapa Will Smith masih dibenarkan duduk di barisan hadapan pada majlis Anugerah Akademi selepas insiden tampar Chris Rock di atas pentas.
BACA: Will Smith 'naik angin', tampar Chris Rock di pentas Oscar 2022
BACA: Will Smith menangis, minta maaf selepas tampar Chris Rock
BACA: Mengapa Will Smith 'naik angin' dan kenapa jenaka Chris Rock 'melampau'?
BACA: 'Akhirnya berbaloi' - Insiden Will Smith tampar Chris Rock cetus komen Presiden UFC!
BACA: Jim Carrey akan saman Will Smith AS$200 juta kalau berada di kedudukan Chris Rock
BACA: Anugerah Akademi lancar 'siasatan rasmi' terhadap Will Smith
Anugerah Akademi dalam kenyataan terbaharu juga mengutuk tindakan Will Smith ke atas Chris Rock.
"Tindakan Smith pada Oscar ke-94 adalah peristiwa yang sangat mengejutkan, traumatik untuk disaksikan secara langsung dan di televisyen.
“Rock, kami memohon maaf kepada anda atas apa yang anda alami di atas pentas, dan terima kasih di atas ketabahan anda pada ketika itu.
"Kami juga memohon maaf kepada para calon, tetamu, dan penonton atas apa yang berlaku ketika acara yang sepatutnya menjadi satu keraian," tulis kenyataan itu.
Sementara itu, Akademi Seni dan Sains Filem dalam kenyataan terbaharunya berkata, lembaga pengelola yang bermesyuarat pada Rabu telah memulakan prosiding tatatertib terhadap Smith kerana melanggar tatasusila kumpulan itu.
Will Smith mempunyai peluang mempertahankan dirinya dalam jawapan bertulis sebelum lembaga pengarah bertemu semula pada 18 April.
Pemenang anugerah Pelakon Terbaik melalui filem "King Richard" itu boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk penggantungan, pemecatan atau sekatan lain.
Anugerah Akademi | Pertimbang tindakan terhadap Will Smith
Sementara itu, lembaga gabenor berkata ia juga telah memulakan prosiding tatatertib terhadap pelakon itu selepas kejadian menampar Chris Rock di atas pentas Oscars.
Pada Isnin, Will Smith memohon maaf daripada Chris Rock, Akademi dan penonton serta mengakui dia bertindak di luar batasan.
BACA: 'Saya melampaui batas dan saya salah' - Will Smith mohon maaf daripada Chris Rock
Insiden Oscars | Will Smith mohon maaf kepada Chris Rock
#Will Smith #Chris Rock #Anugerah Akademi #Oscar