Kumpulan yang sudah bertapak lebih 20 tahun di industri muzik tanah air ini muncul dengan single terbaru, Khilaf dan bakal adakan konsert pada 26 April.

Khilaf yang merupakan taruhan baru XPDC ini menampilkan kelainan dari segi pembawakan lagu serta muzik videonya sendiri.

Video muzik Khilaf arahan Khairul Hazwan atau KH itu juga dilihat punya dramanya yang tersendiri, diselitkan dengan cinematografi yang menarik di mana jarang kita lihat di muzik video XPDC yang lain.

Lagu ini adalah ciptaan pemain gitar utamanya sendiri, Izo dan penulis lirik, Zul Hamat yang dikatakan dihasilkan bersesuaian dengan usia XPDC sendiri.

Ikuti temubual mengenai muzik video dan lagu Khilaf bersama pengarah, penulis lirik dan pemain gitar utama XPDC.



Sementara itu, XPDC yang dianggotai oleh Mael (vocal), Izo (gitar) dan Amy (drum) dan Eddie sebagai pemain bes undangan, bakal mengubat rindu peminat dengan konsert Return Of Rock XPDC Live In Concert 2014.

Konsert tersebut akan diadakan pada 26 April ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalam satu kenyataan, konsert yang akan berlangsung selama lima jam itu bakal mengembalikan kegemilangan konsert XPDC yang kali terakhir diadakan pada 15 tahun dahulu iaitu Konsert Raksaksa XPDC Brutal.

Khilaf akan dimuatkan di dalam album kompilasi yang mengandungi 24 buah lagu terbaik XPDC sempena 25 tahun usia XPDC di industri muzik negara.

Tiket konsert boleh dibeli secara online di www.myticket.my dan di semua cawangan Rock Coner.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari http://www.facebook.com/RORevent atau hubungi talian 017-3889555.