KUMPULAN heavy metal XPDC Kita Pengyu sekali lagi menempa nama dalam kalangan peminat di Terengganu selepas mengadakan persembahan sempena SOHO Festival yang diadakan di Bandar Jerteh hujung minggu lalu.
Dengan kejayaan mengadakan konsert di negeri Pantai Timur itu, XPDC Kita Pengyu menjadi satu-satunya kumpulan rock terkemuka tanah air yang dibenar mengadakan persembahan di Terengganu.
Menurut pengurus XPDC, Yazid Selamat, ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Bagaimanapun, menurut Yazid, biarpun menampilkan lagu berirama rock, XPDC Kita Pengyu masih terikat dengan garis panduan yang perlu dipatuhi.
"Alhamdulillah XPDC Kita Pengyu terus menerima jemputan di Terengganu namun kita perlu patuh pada arahan iaitu tiadanya persembahan yang agresif dan tidak membabitkan sebarang 'head-banging'.
"Malah kita juga akan mengadakan selingan dengan nasihat kepada peminat yang hadir dengan nasihat yang baik terutamanya kepada orang muda.
"Bahkan juga termasuk sedikit ceramah berunsur agama sebelum persembahan bermula," katanya kepada Astro AWANI.
Jelasnya, semua anggota XPDC Kita Pengyu sudah sedia maklum dengan garis panduan yang ditetapkan dan sentiasa akur dengan arahan tambahan daripada pihak penganjur demi menjaga tatasusila dan adab sepanjang berada di negeri Pantai Timur itu.
Namun, jelasnya lagi, garis panduan yang dikenakan itu tidak menjejaskan kualiti persembahan mereka dan peminat tetap menikmati rentak muzik XPDC yang sebenar.
Untuk info, kerajaan negeri Terengganu meletakkan syarat ketat untuk sebarang bentuk hiburan yang hendak diadakan di negeri tersebut.
Ia termasuk etika pakaian, pergaulan di antara lelaki dan wanita yang hadir, serta bentuk nyanyian yang hendak disampaikan.
Sementara itu, penganjur festival SOHO Event Management, Sharif Irwan Musa berkata pemilihan XPDC Kita Pengyu adalah disebabkan jumlah peminat mereka yang begitu ramai di Terengganu.
Bahkan setiap kali kemunculan kumpulan itu di Terengganu sangat membantu meningkatkan hasil jualan para peniaga di situ.
"Kehadiran mereka sangat membantu para peniaga sebenarnya, kerana mereka mampu menarik orang ramai hadir ke acara yang diadakan.
"Malah, lebih penting lagi, XPDC Kita Pengyu mampu menjadi sebuah kumpulan rock yang sangat berdisiplin dalam mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.
Tambah Sharif Irwan, festival yang berlangsung di Jerteh hujung minggu lalu menyaksikan kebanyakan barangan yang dijual habis dibeli kalangan peminat.
"Sudah pastinya pihak kami tidak teragak-agak untuk memanggil lagi mereka untuk mengadakan persembahan bagi acara yang mungkin akan kembali diadakan di Terengganu pada masa akan datang" Jelasnya lagi.
Dianggarkan lebih 3,000 peminat hadir menyaksikan persembahan yang diadakan hujung minggu lalu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue May 28 2024
XPDC Kita Pengyu ketika mengadakan persembahan pada SOHO Festival yang diadakan di Bandar Jerteh hujung minggu lalu. -Astro AWANI
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Lebih 5,000 peminat bersolidariti dalam konsert terbesar XPDC Kita Pengyu di MAHA 2024
Isu cubaan menyalahgunakan nama dan lagu kumpulan berpunca daripada individu yang kecewa kerana gagal mengambil alih pengurusan XPDC Kita Pengyu.
'Sampah sarap jangan dibawa masuk dalam industri' - XPDC Kita Pengyu
XPDC Kita Pengyu menganggap kehadiran band tiruan yang menggunakan nama dan lagu mereka tidak seharusnya dilayan bahkan jauh sekali tidak layak untuk bersaing dalam industri muzik tanah air.
XPDC Kita Pengyu kotakan janji bantu pengulas sukan Astro
Isteri Akbar, Noorsuzilawati terlantar di hospital akibat penyakit kanser usus tahap empat yang dideritainya sejak 2020.
XPDC Kita Pengyu lancar tabung prihatin bantu isteri pengulas sukan Astro
Anggota XPDC Kita Pengyu berasa terpanggil untuk turut sama membantu meringankan beban Akbar memandangkan Astro selama ini banyak membantu mereka dalam industri muzik tanah air.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.