HIBURAN
Yayasan Nurjiwa konsisten bantu Palestin, sumbang makanan sejak awal tahun - Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza melalui Yayasan Nurjiwa menyalurkan bantuan makanan dua kali sehari kepada 10,000 rakyat Palestin, walaupun dalam bentuk bijirin dan kekacang. -Media Hiburan
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menunjukkan komitmen luar biasa dalam misi kemanusiaan menerusi Yayasan Nurjiwa, apabila konsisten menyalurkan bantuan makanan kepada 10,000 rakyat Palestin setiap hari.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui Yayasan Nurjiwa menyalurkan bantuan makanan dua kali sehari kepada 10,000 rakyat Palestin, walaupun dalam bentuk bijirin dan kekacang.
- Yayasan turut membantu pelajar B40 di institusi pendidikan tempatan setiap Jumaat, sambil memastikan ketelusan melalui perkongsian aktiviti semasa.
- Majlis penyerahan sumbangan disertai selebriti dan tokoh muda, menunjukkan sokongan terhadap misi kemanusiaan yang dijalankan secara konsisten.
“Meskipun makanan masih dalam bentuk bijirin dan kekacang, makanan disalurkan secara berterusan dua kali sehari menerusi wakil kami di sana,” katanya.
Penyanyi yang kini muncul menerusi single Menamakanmu Cinta itu berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty, pada Jumaat.
Siti pada masa sama berterima kasih atas kepercayaan dan sumbangan orang ramai yang menjadikan misi kebajikan ini terus berjalan lancar.
“Yayasan juga sentiasa memastikan ketelusan dengan berkongsi setiap aktiviti dan perkembangan semasa.
“Yayasan memang akan kongsikan setiap aktiviti yang kami lakukan kepada orang ramai dan ia tidak cuma di Palestin sahaja.
“Kami juga turut membantu mana-mana pihak yang memerlukan dalam negara.
“Sebagai contoh, sumbangan makanan turut kami berikan kepada pelajar-pelajar universiti yang berada dalam kategori B40 di Institusi Pendidikan terpilih setiap Jumaat,” katanya.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut dimeriahkan kehadiran selebriti antaranya Fasha Sandha, Bella Astillah, Elisya Sandha, Watie Hanifiah, Intan Ladyana, Intan Najuwa, serta ahli politik muda Syed Saddiq. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami