HIBURAN
Yuna kongsi kemeriahan sambut Syawal di laman web majalah 'Vogue'

Majalah popular 'Vogue' telah berkongsi 13 keping gambar Yuna dan berkongsi kepada para pembacanya tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Sumber foto Instagram Yuna
KONTROVERSI memeluk Usher ternyata tidak menjejaskan kerjaya Yuna di Amerika Syarikat.
Sebaliknya, bintang Yuna terus bersinar apabila beliau tampil di laman web milik majalah fesyen popular, Vogue.
Perkara ini didedahkan Yuna di Twitter.
Rencana itu bertujuan memberi gambaran kepada pembaca majalah itu tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bagaimana ia disambut di Malaysia.
Laman Vogue.com menampilkan 13 gambar Yuna – dari dalam pesawat untuk pulang ke Malaysia, mengubah suai kediaman baharu, menempah baju baharu dan jamuan rumah terbuka.

Yuna tampil dalam Vogue.com
“Hari ini saya akan ke bandar dengan kawan saya Hatta untuk mencari beberapa kain untuk baju kebaya.
"Hatta ialah seorang pereka berbakat yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan salah satu faedah mempunyai beliau sebagai seorang rakan baik ialah beliau akan mereka pakaian yang cantik untuk anda,” kata Yuna di Vogue.com.
Bintang Yuna di persada antarabangsa semakin menyinar.
Selepas muncul di Vogue.com, penyanyi yang sinonim dengan lagu Crush ini tampil dalam siri Facebook LIVE untuk majalah Teen Vogue.
Yuna menerangkan kolaborasinya dengan Usher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami