JUARA Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Zahid Baharuddin mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.
Zahid, 38, memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas setahun mempertimbangkannya dengan bekas isteri.
"Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan punca atau isu tentang perceraian ini kerana terlalu peribadi buat saya dan bekas isteri.
"Kami berpisah secara baik dan tidak timbul isu orang ketiga atau sebagainya," dedahnya kepada sebuah rancangan hiburan pada Ahad.
BACA: Fizo, Mawar bercerai talak satu
BACA: Sam Bunkface, Aida sah bercerai Januari lalu
BACA: Aliff Aziz, Bella Astillah bercerai talak satu
Tambah Zahid, dia sebenarnya serba salah apabila keputusan untuk bercerai itu diambil beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-31 Sarah.
"Kami sudah berbincang soal ini hampir setahun dan kebetulan kata sepakat dicapai beberapa hari sebelum hari lahir bekas isteri pada 21 Julai.
"Namun, saya tetap memberi ucapan yang baik-baik buat dia kerana Sarah seorang ibu yang baik untuk anak kami," jelasnya lagi.
Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.
Gempak
Sun Jul 28 2019

Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Zahid Baharuddin mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.

Operasi mencari penunggang motosikal jatuh longkang diperluas lebih 100 km
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian ketika hujan lebat.

Bunuh diri | Angka di Jepun melonjak di kalangan wanita dan kanak-kanak
Kes bunuh diri di jepun melonjak ketika gelombang kedua pandemik COVID-19 terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak. Menurut kajian oleh penyelidik di Universiti Hong Kong dan Tokyo Metropolitan Institute of Gerontology, angka bunuh diri Julai hingga Oktober meningkat 16% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Darurat | Sertakan suara rakyat dalam penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas
Suara rakyat dan pemegang taruh yang lain harus dilibatkan dalam penubuhan jawatankuasa bebas mengenai darurat, seperti yang dikehendaki Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Penganalisis Politik Dr Jeniri Amir berkata, pandangan dari pihak yang pelbagai amat perlu bagi memastikan ia dapat mencangkupi kesemua aspek berkaitan dalam pengurusan negara ketika tempoh darurat.

Proklamasi Darurat | Kebimbangan imuniti perlindungan penuh kerajaan ketika darurat
Majlis Peguam semalam menzahirkan kebimbangan mengenai imuniti diperuntukkan dalam Seksyen 10 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi perlindungan penuh kepada kerajaan dan pegawainya daripada sebarang situasi yang timbul akibat kecuaian, termasuk membabitkan kesihatan. Untuk membincangkan mengenai perkara ini, kita bersama dengan Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.

Pendidikan | Penangguhan sesi persekolahan, apa reaksi guru?
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19. Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang.

Lelaki ditahan kali kedua simpan burung murai batu
Perhilitan tahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati.

Banjir Sarawak makin surut, jumlah mangsa dan PPS menyusut
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menyusut kepada 1,208 orang berbanding 1,800 mangsa jam 8 pagi tadi.

PKP 2.0: 265 kenderaan menuju ke Kelantan diarah patah balik
Kenderaan yang diarah berpatah balik itu tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri dan surat kebenaran PDRM.

Demi tampung gaji pekerja, Mila Jirin jual durian
Ia merupakan salah satu inisiatifnya selepas perniagaan perkahwinan miliknya tidak dapat beroperasi kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.

'Kenapa aku menangis?' - Mawi dedah cerita di sebalik zaman kegemilangan
Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.

'Ya Allah sayunya, kalaulah boleh tukar sakit itu pada diriku' - Sebaknya luahan hati tunang Shazroul
Luahan hati tunang kepada penyanyi Shazroul Fazlie yang berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada usus semalam sungguh menyentuh hati.

'Pemotongan usus dilakukan, kira-kira 90 sentimeter' - Ibu risau, Shazroul dirawat di ICU
Doakan Shazroul kembali pulih.

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Sufie Rashid selamat bergelar suami
Tahniah Sufi dan Ain.

Zahid AF bercerai
Zahid memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas setahun mempertimbangkannya dengan bekas isteri.

Mawi ditahan di hospital akibat darah tinggi
Mawi ditahan di sebuah hospital swasta disebabkan tekanan darahnya tinggi secara tiba-tiba.

Erra Fazira bakal tunai haji, umum sudah putus dengan Shahir
Artis ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.

'Selamat datang anakandaku' - Raqib Majid timang cahaya mata pertama
Raqib dan Tasha telah dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.

Romantisnya... Hafiz dan Nureffy dalam Kisah Cinta Kita
Muzik video Kisah Cinta Kita menampilkan dua insan istimewa dalam diri juara Akademi Fantasia 7 ini.