awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahiril Adzim tolak tawaran uji bakat filem Hollywood

Gempak
Gempak
08/09/2022
04:42 MYT
Zahiril Adzim tolak tawaran uji bakat filem Hollywood
Menurut Zahiril Adzim, walaupun mempunyai keinginan untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa namun dia tidak akan sesekali melupakan hukum agama. - Gambar GEMPAK
PELAKON Zahiril Adzim akui tidak kecewa menolak tawaran berlakon dengan produksi Hollywood yang menuntutnya untuk melakonkan adegan ranjang kerana melanggar prinsipnya sebagai seorang beragama Islam.
Tidak berfikir panjang, Zahiril berkata dia tidak teragak-agak dan terus menolak tawaran tersebut sebaik sahaja membaca skrip.
“Saya pernah tolak tawaran casting dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas, sudah lupa judulnya tetapi saya tolak.
“Saya baca skrip itu, belum apa-apa sudah ada babak atas katil jadi saya terus ucap selamat tinggal. Skrip itu menuntut saya dan pelakon wanita itu berbogel separuh badan. Tidak, tak boleh. Saya tidak mahu lakukannya,” katanya ketika ditemui Gempak selepas tayangan filem Ada Hantu 2 pada Selasa.
Jelas Zahiril lagi, walaupun mempunyai keinginan untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa namun dia tidak akan sesekali melupakan hukum agama.
“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tapi kalau diberi peluang, siapa yang tidak mahu. Tetapi kalau terpaksa melanggar (hukum) seperti itu, saya rela tolak.
“Memang sepatutnya seorang pelakon ini kena buat apa sahaja untuk karakter tetapi bergantung pada pelakon. Saya ada pendirian, prinsip saya sendiri dan tidak akan sesekali saya ketepikan perkara tersebut,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zahiril bakal muncul dengan filem arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu 2 yang akan ditayangkan ke pawagam seluruh negara bermula 15 September ini.
Selain Zahiril, Ada Hantu 2 turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan Rubini Sambanthan.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Zahiril Adzim
#filem Hollywood
#adegan ranjang
#Uji bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan