awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zed Zaidi gerakkan GELI untuk selamatkan Seniman

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2014
11:01 MYT
Zed Zaidi gerakkan GELI untuk selamatkan Seniman
-- gambar fail
Sebuah jawatankuasa sementara yang dikenali sebagai "Gerakan Selamatkan Seniman" atau GELI ditubuhkan untuk mengembalikan persatuan Seniman.
Zed Zaidi selaku pengasas ingin mendesak agar ia beroperasi semula selepas Mahkamah Tinggi memutuskan mesyuarat agung Seniman yang ke-14 sebagai tidak sah pada 21 November tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan mesyuarat agung diadakan itu semula oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS) dalam tempoh dua bulan.
Ia adalah berikutan kemenangan tuntutan injunksi daripada lima ahli seniman termasuk Abu Bakar Omar.
Menerusi GELI, pelbagai cara dan kaedah bakal digunakan bagi menuntut pertubuhan itu kembali beroperasi antaranya demonstrasi aman dan laman Facebook khususnya.
Zed ditemui pada majlis sidang media "Gerakan Selamatkan Seniman" yang berlangsung di FINAS, Hulu Klang pada Khamis.
Turut hadir ialah Harun Salim Bachik, Jurey Latiff dan Datuk Yusof Haslam.
Topic Berkaitan
#geli
#Gerakan Selamatkan Seniman
#Seniman
#Zed Zaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan