Zizan Razak mengakui mempertimbangkan tawaran untuk mengacarakan Akademi Fantasia terbaru.

Dia tidak menolak perasaan bimbang kerana menyifatkan tugas itu bukan calang-calang.

Menurutnya, program itu mencatatkan legasi nama-nama besar seperti Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Jika terpilih, Akademi Fantasia 10 akan menyaksikan Zizan mengendalikan program itu berseorangan.

Sebelum ini, Zizan sering ditemani rakan pengacara sebagai hos bersama seperti Johan untuk Gelanggang Raja Lawak.

Akademi Fantasia 10 dijadualkan bersiaran di Astro Ria mulai September.