MASIH belum berpunya dan Remy Ishak serta Zizan Razak bukan kekasih aktres Mira Filzah.

Itu pengakuan pelakon wanita itu mnenafikan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki termasuk kedua-dua aktor popular yang sering dikaitkan dengannya.

Bagi Mira, baik Remy mnahupun Zizan, kedua-duanya saling tidak ubah sekadar kawan baiknya.

Menurut laporan HLive, Mira turut menjelaskan, hubungan mesranya bersama Remy itu sekadar hanya dalam lakonan semata-mata.

“Zizan atau Remy kedua-duanya hanya kawan. Saya sering dikaitkan dengan Remy baru-baru ini kerana kami digandingkan bersama dalam drama bersiri berturut-turut selama enam bulan termasuk drama bersiri adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan," kata Mira menoktahkan spekulasi.

Dari kaca mata Mira, Remy merupakan seorang pelakon yang bijak menjiwai watak dan akan sentiasa berulang kali melakonkan sesebuah babak selagi lakonannya tidak menjadi.

“Malah dia seorang pelakon yang sangat membantu pelakon lain termasuk pelakon yang digandingkan dengannya.

“Bagi saya, jika orang sering memperkatakan tentang kami itu maknanya gandingan kami menjadi,” katanya.

Mengulas mengenai statusnya kini, Mira mengakui, dia masih belum mempunyai kekasih.

“Saya tak bercinta dengan sesiapa lagi buat masa sekarang. Malah saya pun tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

“Saya tiada sasaran untuk kahwin kerana bagi saya lambat atau cepat itu tetap rezeki dan jodoh. Buat masa sekarang saya lebih memberi fokus pada kerjaya saya,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).