awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zydee bekas anggota One Nation Emcees kritikal

Gempak
Gempak
27/09/2021
10:46 MYT
Zydee bekas anggota One Nation Emcees kritikal
Salah seorang anggota kumpulan itu Kozae Mustaza ketika dihubungi berkata, Zydee (gambar kiri) dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah. - Foto Astro GEMPAK
BEKAS anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, kini dilaporkan kritikal selepas diserang strok dan menyebabkan saluran darah ke otaknya pecah.
Salah seorang anggota kumpulan itu Kozae Mustaza ketika dihubungi berkata, Zydee dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
"Saya diberitahu tentang Zydee oleh ahli keluarga dia, kata mereka Zydee ada bagitahu dia rasa kurang sihat.
“Hari ini (Sabtu) ibu dan ibu saudara Zydee pergi melawat di hospital dan memaklumkan Zydee diserang strok dan kritikal.
“Menurut mereka lagi doktor tidak boleh membuat pembedahan kerana saluran darah yang pecah terlalu sensitif dan dekat dengan otak,” katanya.
Dalam pada itu Kozae turut mengharapkan sesiapa sahaja yang mengenali Zydee agar mendoakan sahabatnya itu.
“Tidak ada apa-apa yang kita boleh lakukan sekarang kecuali mendoakan agar Zydee kembali sedar dan sihat seperti sedia kala,” katanya. Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#One Nation Emcees
#Zydee Edris
#kritikal
#strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan