Keadaan banjir di Selangor dan Perak tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa banjir dipindahkan di kedua-negeri itu seramai 1,017 orang.

Manakala di Raub, Pahang, tidak sampai 24 jam tiga pemindahan ditutup, daerah Raub membuka pusat pemindahan banjir baharu.

Menurut Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara, sehingga jam 8 pagi tadi, Selangor mencatatkan bilangan mangsa teramai dengan 618 orang yang kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu di Perak, seramai 399 orang masih ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah di negeri itu.

Daerah Kerian mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 216 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

Seratus mangsa pula dipindahkan di Hilir Perak dan ditempatkan di dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara.

Di daerah Manjung, 83 mangsa banjir dipindahkan setakat ini, dan kini ditempatkan Sekolah Agama Rakyat Pandang Serai.


Dalam pada itu, di Pahang, 81 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Raub iaitu Dewan Datuk Adnan Felda Tersang Satu.

Dua lagi pusat pemindahan baharu yang dibuka , manakala daripada lima keluarga ialah Bangunan Gerakan Persatuan Wanita Felda Tersang yang menempatkan 25 orang daripada enam keluarga, dan 19 mangsa banjir ditempatkan di Balai Raya Kampung Tersang.

Semalam, tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa ditutup secara berperingkat yang melibatkan penduduk dari enam.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata hujan lebat monsun peringkat kuning dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung bermula Khamis, sehingga Sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, hujan kadangkala menjadi sederhana lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang

"Ribut petir dan hujan lebat, berserta angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian," katanya.

Situasi sama juga akan berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, termasuk di Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching.