SUNGAI BULOH: Seramai 1,085 pembantu perawatan kesihatan (PPK) bakal menerima pelantikan jawatan tetap menjelang Januari 2023 bagi mengisi sebahagian daripada 2,456 kekosongan jawatan itu di seluruh negara ketika ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelantikan jawatan itu turut merangkumi PPK Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bertaraf kontrak yang akan diberi peluang untuk diserap sebagai PPK tetap.
"Kita akan sahkan dan hantar untuk 'posting' pada Januari depan dan baki kekosongan jawatan PPK seterusnya akan diuruskan pada suku kedua 2023," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
MySTEP adalah inisiatif kerajaan bernilai RM700 juta yang membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Khairy berkata untuk kemasukan masa terdekat, 100 calon PPK akan menerima tawaran pelantikan jawatan pada 5 Dis ini.
Beliau berkata pelantikan jawatan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban doktor dan jururawat yang berdepan dengan pelbagai tugasan.
Jawatan PPK mula diwujudkan sekitar tahun 60-an dan dahulunya dikenali sebagai 'amah' atau 'atendan', yang tugas mereka antaranya menolong menjalankan kerja asas berkenaan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan dan merekod data pesakit.
Selain perihal perjawatan, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa juga akan melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
"Urusan pemangkuan PPK ke gred U16 telah dilaksanakan pada Oktober lepas, iaitu seramai 21 PPK gred 14 diberi pemangkuan dan 114 PPK akan ditawarkan ke pemangkuan gred U14 pada Januari 2023," katanya menambah isu gaji PPK juga akan dipertimbangkan pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022
Khairy Jamaluddin (tengah) bergambar bersama kakitangan Hospital Sungai Buloh sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Sungai Buloh Tahun 2022 di Hospital Sungai Buloh hari ini. - Foto BERNAMA
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Rasuah urus jenazah: Tiga pembantu kesihatan dipenjara, didenda
"Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat, guna fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk." - Hakim Rozilah Salleh
1,085 PPK bakal dilantik jawatan tetap pada Januari 2023 - Khairy
Ia bagi mengisi sebahagian daripada 2,456 kekosongan jawatan itu di seluruh negara ketika ini.