awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,303 sekolah laksana DLP minggu depan - KPM

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
08:14 MYT
1,303 sekolah laksana DLP minggu depan - KPM
KPM bakal melaksanakan DLP bermula bulan ini. -Gambar hiasan
Program Dwibahasa (DLP) akan dilaksanakan di 1,303 buah sekolah bermula minggu depan.
Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata program ini membabitkan sejumlah 1,215 sekolah sedia ada, serta di 88 sekolah baharu yang telah diluluskan.
"Bagi 88 sekolah baharu yang diluluskan pelaksanaannya pada tahun ini, pembukaan kelas baharu adalah bagi Tahun Satu dan Tingkatan Satu sahaja," menurut kenyataan itu.
DLP akan bermula pada 7 Januari bagi sekolah di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, manakala negeri-negeri lain dilaksanakan pada 8 Januari.
Program ini memberi pilihan kepada pihak sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik yang ditetapkan oleh kementerian.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas dan Garis Panduan Pelaksanaan DLP Tahun 2018 akan dikeluarkan minggu ini dan pihak sekolah diminta membuat persediaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya pada peringkat sekolah masing-masing.
Topic Berkaitan
#DLP
#Dual Language Programme
#Garis Panduan Pelaksanaan
#Januari
#Kementerian Pendidikan
#sains dan matematik
#sekolah
#Surat Pekeliling Ikhtisas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan