KUALA SELANGOR: Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu, menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata 60 peratus daripada suspek telah didakwa di mahkamah atas beberapa kesalahan terutamanya membenarkan akaun bank mereka digunakan bagi aktiviti jenayah.
"Majoriti keldai akaun itu didapati menyedari tindakan mereka adalah menyalahi undang-undang. Kesemua individu itu ditahan kerana dengan pengetahuan membenarkan akaun bank dan kata laluan mereka digunakan untuk jenayah penipuan wang terhadap orang lain.
"Mereka mungkin terpengaruh dengan imbuhan ditawarkan antara RM100 hingga RM600 untuk setiap kali sewaan akaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Polis Selangor di Taman Penggawa, di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua individu itu ditahan mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan menipu dan bersubahat.
"Sindiket itu rata-ratanya menggunakan taktik mencari keldai akaun di media sosial dan sebahagian besar individu itu tidak mengenali penjenayah yang menjalankan kegiatan haram berkenaan," katanya.
Arjunaidi turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan nombor akaun bank bagi sewaan akaun serta tidak termakan dengan janji serta tawaran manis daripada individu yang tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Arjunaidi berkata, 60 peratus daripada suspek telah didakwa di mahkamah atas beberapa kesalahan terutamanya membenarkan akaun bank mereka digunakan bagi aktiviti jenayah. - Gambar/ Bernama

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Empat lelaki ditahan bantu kes keldai akaun
Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Sindiket penipuan guna keldai akaun di Melaka meningkat, catat RM12.3 juta
Antara punca peningkatan kes ialah kurang pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Sindiket 'keldai akaun': Sepasang kekasih antara tujuh ditahan
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.

Orang ramai diminta waspada aplikasi MyBNM palsu - Bukit Aman
Mangsa dalam kes-kes ini akan dihubungi oleh pihak yang akan menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguatkuasa, termasuklah pihak BNM.

Laporan Khas: Sindiket keldai akaun: Rela atau paksa?
Ketika mereka terperangkap dan menderita, sindiket itu bagaimanapun masih bebas dan terus mencari tunggangan keldai yang baharu demi mengaut keuntungan dengan melakukan penipuan secara dalam talian.

10 ditahan aktif kumpul kad ATM untuk jadi keldai akaun
Polis menahan 10 individu berusia 27 hingga 52 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket pengumpulan kad mesin juruwang automatik (ATM) bertujuan untuk dijadikan sebagai keldai akaun.

Gadis Sabah dakwa dijadikan 'keldai akaun' sindiket tipu topeng muka lebih RM100,000
Mangsa sebelum ini dia mencari iklan kerja melalui Facebook lalu terlihat satu iklan jawatan kosong sebagai kerani akaun secara online.

Polis tahan 516 individu jadi keldai akaun untuk sindiket penipuan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata kebanyakan individu yang terlibat menjual akaun mereka ialah penganggur atau suri rumah.

44 'Keldai Akaun" ditahan, kerugian RM17.29 juta- PDRM
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 orang individu disyaki menjadi keldai akaun atau 'mule account'.