PUTRAJAYA: Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, namun ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak apabila 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.
Seorang penyokong yang mahu dikenali sebagai Kak Ida berkata, setiap bas membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan, bertolak jam 12 tengah malam tadi.
"Kami ke sini hadir untuk memberi sokongan kepada Najib," katanya.
Ujar Kak Ida, dia sangat mengharapkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta selepas didapati meyeleweng dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
"Kalau boleh minta Najib dibebaskan. Saya rasa dia seorang sangat baik kerana kita duduk di kawasan Pekan, dia sangat baik," katanya sebak.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah mendapati kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di hadapan kedua-dua pintu masuk.
Hanya individu yang mempunyai urusan dengan mahkamah sahaja dibenarkan masuk selain media perlu mendapatkan pas masuk.
Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 23 2022

Sebahagian penyokong Najib yang tiba di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto Sinar Harian

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

10 bas penyokong Najib tiba dari Pekan
Menurut Kak Ida, setiap bas yang membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan itu, bertolak jam 12 tengah malam tadi.