MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI.
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Selasa, 24 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:
Angkara cemburukan teman lelaki yang jatuh cinta dengan rakan sendiri, seorang bayi lelaki berusia 20 bulan menjadi mangsa dibelasah sehingga maut.
Seorang bapa berdepan detik cemas apabila diacu parang sebelum sekumpulan 20 lelaki bertindak menetak tiga anak lelakinya yang sedang tidur dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil, Kedah awal pagi tadi.
Bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun.
Pasukan pembelaan kes penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Selasa menggesa ahli perniagaan yang menjadi buruan polis, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, segera dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan bagi proses bicara kes tersebut.
Perbicaraan kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Paul Yong Choo Kiong yang dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia, Julai lalu, disambung semula di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Selasa.
Ujian Teknologi Generasi Kelima (5G) yang dilancarkan di Putrajaya dan Cyberjaya pada April lalu akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi projek demonstrasi 5G bermula Oktober ini.
Provinsi Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.
Sekurang-kurangnya 20 terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam rusuhan terbaharu di wilayah Papua, Indonesia. Dalam insiden pada Isnin, mangsa dilapor dibakar hidup-hidup di kediaman mereka oleh perusuh.
Sekurang-kurangnya lapan bayi maut dalam kebakaran di unit bersalin di sebuah hospital di timur Algeria pada Selasa.
Rusia mengalami kekalahan kedua dalam kempen Piala Dunia Ragbi 2019 selepas dibelasah Samoa 9-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Kumagaya, Jepun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami