10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 19, 2019 14:50 MYT
10 berita yang paling mendapat tumpuan.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 19 November 2019.
1) Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa
Tiada perkara luar biasa yang berlaku apabila mengadakan mesyuarat dengan pembangkang, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
2) Peralihan kuasa akan berlaku bila tiba masanya - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbirannya akan bertukar apabila tiba masa yang sesuai.
3) Hidung Dr Mahathir berdarah ketika sidang media
Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.
4) Harimau Malaya benamkan Garuda
Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
5) CPOPC desak WTO campur tangan isu diskriminasi minyak sawit - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Malaysia bersama Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan meminta campur tangan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang membantah serta diskriminasi perdagangan minyak sawit di Eropah.
6) Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat
Isteri Amri Che Mat, Norhayati Mohd Arifin berkata anak-anak mereka masih lagi tertanya-tanya di keberadaan ayah mereka.
7) Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada tahun 2015.
8) Polis nafi video tular tujuh pelajar senior rogol pelajar tingkatan dua
Polis menafikan sebuah video yang tular sejak semalam, merupakan rakaman aksi daripada tujuh pelajar lelaki yang disyaki merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Tawau.
9) Kanak-kanak Jepun terima kejutan dari robot maskot Tokyo 2020
Buat julung kalinya! Murid-murid sekolah rendah di Jepun menerima kunjungan daripada robot mascot Tokyo 2020.
10) Anjing bernama 'Bear' dalam misi penting selamatkan beruang koala
Kisah seekor anjing pengesan bernama 'Bear' yang gigih membantu dalam misi mencari dan menyelamat beruang koala yang terperangkap di persekitaran hutan Australia dalam kebakaran hutan baru-baru ini mendapat perhatian ramai rakyat negara itu.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Amri Che Mat #Astro Awani #Azmin Ali #berita antarabangsa #berita pilihan #berita tempatan #Mahathir Mohamad #Muhyiddin Yassin #Norhayati Mohd Arifin