10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 22, 2019 15:30 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 November 2019.
1) Tak mampu bayar bil hospital, penunggang e-hailing nekad bawa lari jenazah bayi
Tindakan itu didakwa dilakukan ekoran berang dengan langkah pihak hospital yang didakwa sengaja melengah-lengahkan pengurusan mayat seorang anak kepada rakan mereka.
2) Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan. Itu reaksi penduduk selepas melihat seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.
3) "Surat itu palsu" - Khairy jawab dakwaan tulis surat mohon bahas isu peralihan kuasa PM
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, penyebaran surat kononnya ditulis oleh beliau untuk membawa usul persendirian membahaskan isu peralihan kuasa Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah palsu.
4) Remaja mati lemas di Lata Bukit Hijau
Dalam kejadian sekitar pukul 11.56 pagi itu, mangsa Shanjay Nair Vegan, 16, tergelincir di kawasan air terjun Lata Bukit Hijau sebelum dibawa arus.
5) Bertemu pembangkang: "Azmin bukan parti saya" - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih enggan mengemukakan pandangan beliau berhubung pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
6) Kongsi keputusan UPSR di pusara ibu, ini penjelasan nenek tentang kerinduan Nur Aqilah
Aishah Mat Akat, 64 tahun, menjelaskan kisah tular yang melihatkan cucu perempuannya, Nur Aqilah Afiah Mohamad Firdaus, 12, membuka keputusan UPSR di pusara ibunya.
7) Selepas Safawi Rasid, Wan Kuzain juga tidak tersenarai ke Sukan SEA
Wan Kuzain Wan Kamal yang sebelum ini ditunggu-tunggu untuk menyertai skuad negara tidak tersenarai berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.
8) Rakyat Malaysia digantung atas kesalahan edar dadah di Singapura
Seorang rakyat Malaysia, Abd Helmi Ab Halim menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini selepas disabitkan atas kesalahan mengedar dadah pada 2017.
9) Segera rombak Kabinet, kata penganalisis politik
Penganalisis politik dari Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa PRU lalu.
10) Menyamar jadi juruterbang elak beratur panjang
Seorang lelaki di New Delhi, India ditahan di pintu keluar Lapangan Terbang Indira Gandhi kerana menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita Malaysia #berita pilihan #berita tempatan