MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 2 Disember 2019.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentangkan tidak perlu memperincikan aset strategik ketenteraan negara seperti yang disuarakan oleh Ahli Parlimen pembangkang.
Kos keseluruhan aktiviti kerajaan yang diaudit mengikut prestasi berjumlah RM35.893 bilion membabitkan Kategori Pembinaan berjumlah RM16.488 bilion, Kategori Pengurusan Dana berjumlah RM10.922 bilion dan 10 program dan aktiviti berjumlah RM8.43 bilion.
Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangannya di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.
Satu kejadian rompak telah berlaku di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar pada Isnin.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut digilis dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, Jalan Apas Tawau yang melibatkan sebuah van penumpang pada Ahad.
Baru-baru ini, tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan seekor ikan yu paus meminta 'pertolongan' sekumpulan nelayan kerana badannya tersangkut pada tali jala.
Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.