10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 7, 2019 15:12 MYT
Disember 7, 2019 15:12 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam negara dan antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 7 Disember 2019.
Perwakilan UMNO Pulau Pinang menghangatkan PAU 2019 apabila membangkitkan isu wakil rakyat UMNO yang berjumpa dengan menteri tidak lama selepas BN menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati ‘janji’, dan membuka jalan untuk perwakilan menyerang beliau serta pimpinan Muafakat Keadilan.
Tiga rakyat Malaysia terkorban manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Lebuhraya Nasional 1, utara Kaikoura di New Zealand, pada Jumaat.
Pelajar program Certified Accounting Technician (CAT), Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019
Seorang Pegawai Imegresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas didapati sengaja mencetus kebakaran di di tempat kerjanya di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019.
Sudah tiba masanya pertelagahan dan persengketaan dalam Parti Keadilan Rakyat dihentikan, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
James Tipene, 33, dari New Zealand, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur.
Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon tergelincir ketika menggayakan dalam acara Swim Wear pada pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia.
Pullman KLCC menyambut tetamunya dengan gaya penginapan selesa dan bercitarasa kontemporari tinggi, selain menawarkan promosi menarik sempena Krismas dan tahun baharu.