ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 12 Februari 2020.

1) Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari

Seorang buruh ladang maut selepas ditetak rakannya dalam kejadian yang berlaku di ladang sawit Kampung Beril Paka, awal pagi Rabu.

2) Kadar jangkitan COVID-19 kekal 18

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada 550 ujian dijalankan pada kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini hanya 18 disahkan positif bagi COVID-19 sehingga ini.

3) Majlis Profesor Negara tolak PPSMI

Majlis Profesor Negara (MPN) menolak cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

4) Suami lacur isteri kepada empat rakan demi hutang RM15

Seorang suami tergamak melacurkan isterinya kepada empat rakan di Bogor, Indonesia hanya kerana ingin melangsaikan hutangnya yang hanya berjumlah 50,000 rupiah (RM15).

5) Netizen terhibur tonton Sultan Johor masak di dapur

Sememangnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikenali dengan sikap baginda yang mesra dan berjiwa rakyat.

6) Rosmah 'naik angin', enggan tinggalkan bilik bicara

Datin Seri Rosmah Mansor 'naik angin' dan enggan meninggalkan bilik perbicaraan Mahkamah Tinggi, di sini pada Rabu.

7) COVID-19: Perlumbaan F1 Grand Prix Shanghai ditunda

Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Shanghai yang dijadualkan berlangsung 19 April depan, telah ditunda susulan wabak COVID-19 yang melanda China.

8) 'Virus bertahan 9 hari pada tombol pintu pengangkutan awam' - Saintis temui punca COVID-19 merebak dengan cepat

Para saintis telah mendapati wabak koronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.

9) Lucinta ditangkap, polis bingung mahu tempatkan di lokap lelaki atau wanita

Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

10) Harvard pelik Indonesia tiada kes COVID-19, Jakarta anggap sebagai penghinaan

Indonesia mengkritik kajian Universiti Harvard yang mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara itu.