awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2024
11:23 MYT
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
Menurut Azam, penemuan wang tersebut adalah susulan penggeledahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Lembah Klang yang disewa seorang ahli perniagaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh, pada Sabtu malam.

Ringkasan AI
  • Penemuan Wang Rasuah: SPRM menemui mata wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house oleh seorang ahli politik berpengaruh.
  • Penahanan dan Siasatan: Dua individu telah ditahan, dengan seorang dilepaskan kerana sakit kanser. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan wang tersebut telah disita.
  • Pembekuan Akaun Bank: SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat yang dipercayai digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelas beliau, wang berjumlah lebih S$1.5 juta atau kira-kira RM5 juta ditemui susulan penggeledahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Lembah Klang yang disewa seorang ahli perniagaan.
"Kita sudah tahan dua orang, seorang kita sudah lepas kerana ada sakit kanser dan seorang lagi masih dalam tahanan kita untuk siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil ahli politik tersebut untuk dirakam keterangan, Azam berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan penyiasat.
“Paling penting sekarang ini adalah saisatan masih dijalankan. Jadi ia bergantung kepada keterangan yang ada sekarang ini,” ujar beliau.
Terdahulu, media memetik sumber sebagai berkata wang tersebut telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Susulan rampasan itu, SPRM juga telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Azam Baki
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan