ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
1) COVID-19: 45 kes baharu, 135 pulih dan 1 kematian
Sebanyak 45 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 44 daripadanya melibatkan kes jangkitan tempatan dan satu kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu 135 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
2) Antibodi bukan 'perisai' untuk pesakit COVID-19 dijangkiti kali kedua
Kadar antibodi pesakit yang telah sembuh dari jangkitan COVID-19 tidak mampu untuk melindungi pesakit tersebut daripada jangkitan kedua.
3) Masih terlalu awal isytihar bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah- KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah.
Jelasnya, perkembangan kes COVID-19 boleh berubah mengikut hari demi hari.
4) Lapan daripada 11 kes positif COVID-19 hari ini daripada kluster petugas kesihatan
Sarawak hari ini merekodkan 11 kes positif COVID-19 dan lapan daripadanya adalah daripada kluster petugas kesihatan di negeri itu.
Mengesahkan perkara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata tujuh kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes lagi di Samarahan.
5) 'Guna apa cara sekalipun untuk hapus COVID-19' - Jokowi
Semua menteri kabinet Indonesia diarah menggunakan apa sahaja cara bagi memastikan kes jangkitan COVID-19 di negara itu menurun bulan ini serta mencatat kes terendah bermula Julai.
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang mempengerusikan mesyuarat kabinet meminta menteri mengerah segala usaha untuk memerangi wabak berkenaan.
NORMAL BAHARU
1) Normal Baharu: 92.9 peratus rakyat Malaysia sedia kekalkan gaya hidup selepas tamat PKP
Sebanyak 92.9 peratus atau 38,455 responden bersedia untuk mengekalkan gaya hidup sekarang selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini sejak 18 Mac lalu.
2) Ceriakan perbualan dengan pelekat "Senyum Sikit" sempena Ramadan dan Syawal
Meskipun kedatangan bulan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan pandemik COVID-19, namun usah menjadikannya sebagai alasan untuk kita tidak sebarkan senyuman sepanjang bulan yang mulia ini.
Walaupun berjauhan, kita masih lagi boleh mendekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan melalui perbualan di media sosial seperti Whatsapp dan Telegram.
3) IATA sokong pemakaian penutup hidung, mulut dalam pesawat
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyokong pemakaian penutup hidung dan mulut bagi penumpang dan anak kapal ketika berada di dalam pesawat.
4) Sambut Hari Wesak dalam normal baharu
Penganut Buddha di Malaysia akan menyambut Hari Wesak, sempena kelahiran, pencerahan dan kematian Gautama Buddha, esok di rumah masing-masing dalam normal baharu susulan pandemik COVID-19, tanpa festival di kuil dan perarakan waktu malam seperti sebelum ini.
5) Pengusaha PKS gembira dapat beroperasi semula dalam PKPB
Kebenaran beroperasi semula disambut baik pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) apabila mereka dapat bernafas kembali dalam sektor industri negara.