10 berita pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 21, 2020 14:02 MYT
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 21 Mei 2020.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 21 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
1) COVID-19: 50 kes baharu, 90 pulih dan tiada kematian
Sebanyak 50 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif virus berkenaan di negara ini sebanyak 7,059 kes.
2) COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit warga asing dikesan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
3) COVID-19: 13 kluster diisytihar tamat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan secara keseluruhan sebanyak 13 kluster COVID-19 sudah tamat sehingga kini.
4) Polis Kelantan laksana pengawasan rumah kontak rapat kes import COVID-19
Polis Kelantan akan melaksanakan pengawasan rumah terhadap 30 kontak rapat kes import COVID-19 yang dikesan berlaku di negeri ini sejak semalam.
5) COVID-19: NSC Thailand cadang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi
Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) hari ini mencadangkan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga 30 Jun untuk mengekang pandemik COVID-19 secara berkesan di negara itu.
NORMAL BAHARU
1) 174 rumah ibadat bukan Islam boleh dibuka mulai 10 Jun
Kerajaan bersetuju membenarkan 174 rumah ibadat bukan Islam dibuka di zon hijau sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dilaksanakan mulai 10 Jun ini.
2) Malam tujuh likur tetap meriah di sebalik PKPB
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang tradisi memasang pelita bagi menyambut minggu terakhir Ramadan dan malam tujuh likur diteruskan penduduk di Kampung Pida 7, Jerlun di Alor Setar.
3) 'Jangan bela kucing sewaktu PKP sahaja' - KKM
Orang ramai yang mengambil keputusan untuk membela kucing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKB Bersyarat (PKPB) dituntut supaya bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan haiwan peliharaan mereka.
4) COVID-19: Lima restoran ini guna kaedah unik jaga jarak sosial, keselamatan pelanggan
Bagaimanakah restoran mengadaptasi kelonggaran yang diberikan supaya dapat terus menjalankan perniagaan dalam suasana normal baharu seperti penjarakan sosial?
5) COVID-19: Terima hakikat Aidilfitri tahun ini tidak semeriah tahun lepas
Pendakwah Bebas, PU Amin berkata, jika sebelum ini mungkin ramai yang banyak makan, tidur dan bersuka-ria bersama yang tersayang ketika menyambut Syawal, namun situasinya pasti berbeza tahun ini.
#10 berita pilihan #COVID-19 #Hari Raya Aidilfitri #kematian #KKM #PKP #PKPB