awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 hospital KKM diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah

Bernama
Bernama
21/09/2022
22:15 MYT
10 hospital KKM diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah
Dr Noor Azmi (empat, kiri) bergambar bersama wakil-wakil hospital yang menerima sijil pengiktirafan selepas merasmikan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Peringkat Kebangsaan 2022 di Kompleks Islam Putrajaya. -BERNAMA
PUTRAJAYA: Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.
Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangor; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak.
Turut menerima pengiktirafan ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah; Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya.
Sijil pengiktirafan HMI disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kepada wakil-wakil hospital pada Konvokesyen HMI peringkat Kebangsaan 2022 di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Ditemui pemberita selepas majlis itu, Dr Noor Azmi berkata HMI ialah program kerjasama KKM dan JAKIM bagi memenuhi keperluan spiritual pesakit semasa mendapat rawatan di fasiliti kesihatan melalui pelaksanaan ibadah.
"Melalui program ini, pihak hospital beri kemudahan tunaikan solat, beri motivasi kepada pesakit malah mengajar bagaimana berwuduk dan solat bagi orang yang sakit. Ini penting kerana solat itu satu ibadah," katanya.
Ditanya adakah HMI akan diperluaskan ke hospital swasta, beliau berkata pihaknya membuka ruang dan peluang untuk hospital swasta turut sama mengaplikasi HMI di tempat masing-masing.
"(Program ini) secara sukarela, kalau boleh memang kita ingin semua hospital terapkan HMI...buat masa ini, hasratnya adalah untuk perkasakan HMI di hospital kerajaan," katanya.
Audit pengiktirafan standard HMI dilaksanakan barisan pegawai dilatih oleh sekretariat HMI serta standard yang dibangunkan oleh KKM dan Jakim.
Standard HMI mengandungi enam teras utama iaitu organisasi dan pengurusan; pembangunan dan pengurusan sumber manusia; polisi dan prosedur; peralatan dan kemudahan; aktiviti keselamatan dan peningkatan kualiti serta kerjasama agensi luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Hospital Mesra Ibadah
#pesakit menunaikan ibadah
#Hospital Sultanah Nora Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan