MALAYSIA
10 jalan sekitar KL ditutup sementara sempena Malaysia Sarong Music Run 2025 esok

Sebanyak 10 laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara esok bagi memberi laluan kepada acara larian Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR) - Road to Visit Malaysia 2026 sempena sambutan Hari Malaysia.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara esok bagi memberi laluan kepada acara larian Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR) - Road to Visit Malaysia 2026 sempena sambutan Hari Malaysia.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata acara yang bermula pada 3 petang di hadapan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Ampang itu dijangka menghimpunkan lebih 15,000 peserta dengan dua kategori utama iaitu 5 KM Malaysia Speed Run dan 5 KM Fun Run.
"Penutupan dan lencongan jalan raya akan bermula pada 2.30 petang. Pembukaan jalan akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya pada 8 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jalan yang terlibat adalah Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng, Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang (dari Jalan Tun Razak menghala ke KLCC / dari Lembaga Getah Malaysia menghala ke Jalan Tun Razak).Mohamed Usuf turut menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan atau lokasi yang boleh mengakibatkan gangguan kepada aliran trafik sepanjang acara itu berlangsung.
"Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) di talian 03-2071 9999 atau melayari Facebook JSPT KL di https://www.facebook.com/JsptKL/ atau mana-mana Balai Polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami