awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 jemaah Malaysia meninggal dunia musim haji kali ini

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2019
07:15 MYT
10 jemaah Malaysia meninggal dunia musim haji kali ini
Mujahid berkata, pihaknya sentiasa mengekori rapat perkembangan terkini di Mekah, Madinah dan lokasi yang lain. - Gambar fail/Reuters
Seramai 10 jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kesemua jemaah yang meninggal dunia itu disebabkan sakit jantung, jangkitan dan radang paru-paru.
Kesemua jenazah akan dikebumikan di Mekah.
Mujahid berkata, pihaknya sentiasa mengekori rapat perkembangan terkini di Mekah, Madinah dan lokasi yang lain.
Dalam perkembangan lain, kata Mujahid, walaupun keadaan di Mina dilanda hujan lebat dan berlaku banjir namun pihak Tabung Haji memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Isu macam hujan lebat tu (hingga menyebabkan) karpet basah di Mina tu perkara biasa, tapi mereka segera dapat selesaikan dengan ganti karpet baharu. Perjalanan mereka semasa hujan lebat dan banjir tu tak menyebabkan apa-apa kemalangan pun pada jemaah haji kita. Semua selamat. Tak ada isu," ujarnya.
Beliau berkata pihaknya juga sentiasa mengingatkan para jemaah untuk mengambil ubat dan menerima rawatan sekiranya tidak sihat.
Jelasnya, kumpulan jemaah pertama akan kembali ke tanah air pada 19 Ogos ini.
Pada tahun lalu, seramai 42 jemaah dilaporkan meninggal ketika mengerjakan ibadah tersebut.
Topic Berkaitan
#ibadah haji
#jemaah malaysia
#Madinah
#Mekah
#MUJAHID RAWA
#musim haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan