JEMPOL: Seramai 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Penghulu Luak Jempol di sini disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, jangkitan berkenaan dipercayai berpunca di dalam rumah masing masing secara berasingan (sporadik).

"Bagaimanapun, kes ini tiada kaitan dengan kluster sekolah dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jempol," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Untuk rekod, pada Khamis terdapat 21 kes baru dicatatkan di daerah ini dengan keseluruhan kes positif sebanyak 477 kes.

"Daripada jumlah itu seramai 58 invidu sedang dirawat manakala 156 kuarantin di rumah dengan lapan kematian setakat ini.

" Jumlah kes aktif dalam tempoh 14 hari terakhir adalah 212 kes," katanya.