Sepuluh pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan sementara di pejabat untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran sementara siasatan terhadap kes selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata jabatan itu mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah di mana pelakunya berdepan tindakan antaranya dibuang kerja, digantung atau diturunkan pangkat.
"Kita tidak pandang soal nilai yang diterima tetapi akan bertindak atas jenayah yang dilakukan walau nilainya serendah satu sen sekalipun," katanya mengulas penahanan 10 pegawai Imigresen Sarawak kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM200 dan RM5,000 bagi melindungi PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan sah.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat Imigresen cawangan Lapangan Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini, Mustafar berkata pelbagai langkah telah diambil pihaknya bagi meningkatkan integriti bagi menjauhkan penularan gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggotanya.
Mustafar yang baru pulang dari Amsterdam, Belanda bagi menerima anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia dalam pada itu berkata Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan kualiti penyampaian dengan memperhebatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan di lapangan terbang.
Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam semalam itu dibuat berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017

MUSTAFAR: Kita tidak pandang soal nilai yang diterima tetapi akan bertindak atas jenayah yang dilakukan walau nilainya serendah satu sen sekalipun. -Gambar fail

Bazar Ramadan di Melaka boleh beroperasi jika MKN benarkan - Ketua Menteri
Kebenaran itu bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan penurunan statistik harian kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Meghan Markle membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018.

Pengurusan pengangkutan yang baik dapat elak kemalangan - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berpendapat pengurusan pengangkutan yang baik bakal membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Kes rasuah Zahid: RM17.9 juta dikeluar tanpa persetujuan Lembaga Pemegang Amanah - Saksi
Pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik Zahid Hamidi berjumlah RM17.9 juta telah dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

Perbicaraan Rasuah | Kes perbicaraan Zahid Hamidi
Prosiding perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah bersambung hari ini dengan mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-93. Untuk butiran lanjut terus sahjaja bersama rakan setugas, Fareez Azman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Rentas Daerah | Ruang buat pelancongan kembali bernyawa
Kebenaran merentas daerah memberi sinar buat penggiat pelancongan merancakkan kembali perniagaan mereka. Bagi Pengurus Besar Peladang Setiu Agro Resort, Ahmad Sanusi Ibrahim kebenaran itu juga membolehkan pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor berkenaan kembali bernafas.

Cuti Belajar | Syed Saddiq ke Singapura, tidak ambil gaji sebulan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul rahman akan ke Singapura bagi menghabiskan Kursus Eksekutif Polisi Awam di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Bekas Menteri Belia Dah Sukan itu telah memulakan pengajiannya sejak september lalu secara dalam talian tetapi kali ini perlu hadir kelas secara fizikal di Singapura.

ECRL | Isu kelulusan tanah antara cabaran pembinaan ECRL
Isu pengambilan tanah dan isu pengurusan tapak yang masih belum selesai membabitkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ini antara beberapa perkara yang masih belum selesai dalam proses pembinaan ECRL. Kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali, projek ECRL yang dijadualkan siap pada tahun 2026 kini sudah mencapai 29 peratus kemajuannya.

Hari Wanita 2021 | Menyokong dasar memperkasakan wanita
Di talian menerusi Skype sudah bersedia untuk membincangkan mengenai keterbukaan menyokong dasar memperkasa wanita, Senator Jaziri Alkaf. Beliau ialah pengasas MyProdigy sebuah enterprise pendidikan yang dibangunkan pada 2013.

Teks ucapan penuh Perdana Menteri sempena Hari Wanita 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.

Kuasa autonomi imigresen Sarawak kawal penularan COVID-19
Penguatkuasaan secara tegas yang dilaksanakan ternyata memberi kesan positif dalam mengekang jangkitan virus berkenaan di negeri itu.

Abang Johari dakwa ada usaha mansuhkan hak Imigresen Sarawak
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mendakwa wujudnya usaha yang mahukan hak Imigresen Sarawak dimansuhkan.

'Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak
Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak.

10 pegawai imigresen ditempatkan sementara di pejabat - Mustafar
10 pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan SPRM akan ditempatkan sementara di pejabat untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran sementara siasatan selesai.

11 pegawai dan anggota Imigresen Sarawak direman kes rasuah
Sebelas pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan rasuah.

10 pegawai imigresen ditahan ambil rasuah lindungi PATI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 10 pegawai Imigresen Sarawak kerana dipercayai telah menerima wang rasuah supaya tiada tindakan diambil ke atas warga asing tanpa dokumen

Papagomo dilarang masuk Sarawak
Papagomo ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat AirAsia AK8672 dari Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari tadi.