awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/05/2024
04:03 MYT
10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.
HULU TERENGGANU: Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.
Kebakaran pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, sejurus menerima panggilan seramai 15 kekuatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang digegaskan kelokasi kejadian.
Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah bilik asrama, bagaimanapun, kesemua pelajar berjaya keluar menyelamatkan diri.
"Kebakaran itu telah menyebabkan sebuah bilik asrama yang berkeluasan 20x20 kaki telah musnah terbakar sehingga 70 peratus dan seramai 10 orang pelajar berjaya keluar daripada bangunan asrama dalam keadaan selamat.
"Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada jam 5.46 pagi," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bilik asrama terbakar
#SAHUT
#Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan