awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 perkara yang perlu anda tahu tentang robot penyampai skrol, Naseem

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
29/10/2019
03:44 MYT
10 perkara yang perlu anda tahu tentang robot penyampai skrol, Naseem
Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan. - Foto Facebook@UniSZAedumy
Tular sebelum ini kisah sebuah robot yang menceriakan suasana seisi dewan sewaktu Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA baru-baru ini dengan menyampaikan skrol pada sidang berkenaan.
Namun adakah robot itu sekadar mampu menyerahkan skrol sahaja?
Kali ini Astro AWANI mendekati Robot Naseem ini untuk kenali dengan lebih dekat.
Ini fakta menarik mengenai Robot Naseem:
1) Robot itu dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu yang juga Tuanku Canselor UniSZA , Sultanah Nur Zahirah, dalam Majlis Makan Malam Konvokesyen UniSZA.
2) Idea asal diilhamkan dari fizikal seorang kanak-kanak iaitu dengan ketinggian 120 sentimeter.
3) Dihasilkan dalam tempoh empat minggu (seminggu bagi proses reka bentuk dan tiga minggu bagi proses pembikinan termasuk pengaturcaraan).
4) Dibangunkan oleh lima pensyarah Fakulti Rekabentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA.
5) Robot itu diberi nama Naseem yang bermaksud Hembusan Bayu Yang Lembut bersempena lapan nilai teras yang terkandung pada lapan kelopak utama pada logo UniSZA.
6) Anggaran kos sekitar RM5,000 sahaja (kos bahan dan teknologi) bagi mempersiapkan robot yang lengkap melalui beberapa proses cubaan.
7) Badan robot dihasilkan melalui mesin pencetak 3D yang dikelolakan sendiri kakitangan UniSZA.
8) Kini boleh berkomunikasi dengan sapaan "Hai Naseem". UniSZA akan terus menambah baik dan mempertingkat teknologi sedia ada supaya boleh dikomersialkan.
9) Sudah ada pihak menunjukkan minat untuk mendapatkan robot itu untuk ditempatkan di organisasi masing-masing.
10) UniSZA mempunyai perancangan untuk memenambah nilai robot dengan bertindak sebagai penyambut tetamu dan pengawal keselamatan. Bagi pengawal keselamatan, ia berkemungkinan akan bertindak menggantikan Kamera Litar Tertutup (CCTV).
Baca: UniSZA cipta sejarah, tampil 'Robot Naseem' dalam majlis konvokesyen
Topic Berkaitan
#konvokesyen
#Konvokesyen UniSZA
#Naseem
#robot
#skrol
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultan Terengganu
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan