Seramai 22 lelaki termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dengan rancangan menjatuhkan kerajaan dan juga kemungkinan ada kaitan dengan 'Royal Sulu Force'.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata 20 orang termasuk 10 rakyat tempatan itu ditahan di sekitar Tanjung Labian, Sungai Bilis dan Tanjung Batu di Lahad Datu pada 7 Mei lepas manakala dua hari kemudian dua lagi ditahan di Ranau.
"Kita tahan mereka di rumah masing-masing melalui operasi terancang berdasarkan maklumat yang kami terima.
"Operasi Gasak 3 yang diketuai saya sendiri bermula pada Jumaat lepas melibatkan polis dan semua agensi penguatkuasaan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Hidup Sihat Polis Diraja Malaysia Sabah di sini hari ini.
Abd Rashid berkata kesemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata kesemua tahanan itu berumur antara 22 dan 75 tahun.
Menurutnya, selain 10 rakyat tempatan itu, dua individu mempunyai sijil lahir yang mengatakan mereka dilahirkan di Sabah, seorang lagi mempunyai pas lawatan dari Filipina, manakala bakinya tiada dokumen pengenalan diri.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 130J Kanun Keseksaan (KK) kerana disyaki terlibat dengan persiapan menjatuhkan kerajaan dan juga mungkin ada kaitan dengan 'Royal Sulu Force'.
"Seksyen ini membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Bernama
Thu May 12 2016
![10 rakyat tempatan antara 22 ditahan rancang jatuhkan kerajaan 10 rakyat tempatan antara 22 ditahan rancang jatuhkan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442978916_AbdulRashidHarun.jpg)
Abd Rashid berkata kesemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan lanjut.
![Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718512549_HariRayaAidiladha.jpg)
Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.
1.8 juta umat Islam dunia tunai ibadat haji tahun ini
Seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini.
Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.
![Ops Khas HRAA 2024: Lebih 47,000 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ Ops Khas HRAA 2024: Lebih 47,000 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718510675_MuhammadKifliMaHa.jpg)
Ops Khas HRAA 2024: Lebih 47,000 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ
Sejumlah 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh JPJ menerusi Ops Hari Raya Aidiladha 2024 yang dilaksanakan selama empat hari.
Trafik sesak menuju Kelantan menjelang Hari Raya Aidiladha
Trafik sesak di pintu masuk Gua Musang menjelang Hari Raya Aidiladha. Jumlah kenderaan meningkat setiap jam sejak petang Jumaat.
Aliran trafik di lebuh raya utama terkawal
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.
Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, meninggal dunia
Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
![1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha 1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707105699_TBJALIAS.jpg)
1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.
![Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718509859_PasarBesarSitiKha.jpg)
Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.
![HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
![ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707897272_TBDATUKVICTORSAN.jpg)
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
![Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707795406_ESSCOM.jpg)
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
![Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662629555_EsssCom.jpg)
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
![Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693828527_KembaraKenaliBorne.jpg)
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
![Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693309655_TBSaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
![ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691499137_ESSCOMM.jpg)
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
![Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19 Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/81514859603_pulausipadan.jpg)
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
![Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675239406_ESScom.jpg)
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
![ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652433224_ESSCOM.jpg)
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
![Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637928456_NIZAMAbuBakarTiti.jpg)
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.