SINTOK: Penantian pasangan suami isteri selama 10 tahun sejak 2013 tidak sia-sia apabila masing-masing berjaya bergelar 'Doktor' pada Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung hari ini di Dewan Mu'adzam Shah.
Dr Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff, 45, dan Dr Musliza Mat Jusoh, 45, dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), seterusnya meraikan hari bersejarah itu bersama-sama pada sesi kedua, pada Isnin.
Menurut Kaunselor Berdaftar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2 itu, faktor kewangan, anak sakit dan ibu bapa tidak sihat ketika mereka mula sambung belajar tidak mematahkan semangat beliau dan isteri untuk menamatkan pengajian meskipun mengambil masa yang lama.
Menurutnya, desakan untuk menjadi contoh dan galakan kepada anak-anak serta pelajarnya mendorong untuk beliau meneruskan menuntut ilmu kerana bagi mereka ianya merupakan proses sepanjang hayat.
"Sesungguhnya, perjalanan menuju kejayaan dalam membuktikan sesuatu kepada agama, bangsa dan negara penuh dengan cabaran kerana ia tidak semudah yang disangka dan hanya yang menempuhinya sahaja pasti merasainya.
"Alhamdulillah, kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana akhirnya dapat menyiapkan tesis PhD dalam masa 10 tahun bermula 2013 hingga 2023," katanya yang menyiapkan tesis bertajuk 'Iklim Sekolah Sebagai Mediator Terhadap Hubungan Kepimpinan Instruksional dengan Kepuasan Kerja Guru'.
Pasangan suami isteri itu mendapat tunjuk ajar dan sokongan daripada Prof Datuk Mohamad Fadzil Che Din dan Prof Madya Siti Noor Ismail yang menjadi pencetus semangat mereka.
Sementara itu, Dr Musliza berkata, PhD adalah erti sebuah kehidupan di mana dengan memiliki PhD inilah maruah mereka dapat ditebus daripada dihina, diberikan tohmahan yang bermacam-macam ekoran berasal dari keluarga petani yang susah.
Menurut ibu kepada empat anak itu, sesungguhnya hanya dengan kemajuan dalam pendidikan mampu mengubah nasib diri, agama, bangsa dan negara.
"PhD ini adalah lambang intelektual insan dan tesis ini merupakan satu pengkisahan kemenangan tentang sesuatu yang baik akan mengatasi yang buruk, tentang institusi kekeluargaan, kisah mengenai sebuah keluarga yang senantiasa bersama dan bersatu semasa menghadapi saat susah dan senang serta bersedia untuk menerima perubahan untuk maju ke hadapan.
"Tidak penting di mana dan bagaimana ia bermula tetapi yang penting di mana dan bagaimana ia berakhir," ujar Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Beris Panchor itu.
Beliau juga berjaya menghasilkan tesis bertajuk ‘Pengaruh Efikasi Kendiri dan Kepuasan Kerja Guru Sebagai Mediator Terhadap Hubungan Iklim Sekolah dengan Komitmen Guru di Kelantan’.
Pasangan suami ini merupakan alumni UUM bagi program Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) sebelum menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah.
Mereka menerima ijazah Doktor Falsafah masing-masing yang disampaikan oleh Pro-Canselor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.
Dalam titah Pro-Canselor turut menyatakan bahawa bukan mudah untuk boleh bertahan menyiapkan PhD selama 10 tahun itu seperti yang dilakukan oleh pasangan tersebut.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023
Mohd Akhmarudi dan isteri mahu menunjukkan contoh dan galakan kepada orang muda untuk menuntut ilmu yang merupakan proses sepanjang hayat. - Gambar ihsan UUM
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik
Bapa mendiang Vinosiny Sivakumar tuntut kebenaran dan penjelasan di sebalik kematian anaknya.
UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.
Wafiyuddin muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan PGM Darulaman 2018
Wafi melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan dari semua pihak terutama Naib Canselor dan juga pengurusan tertinggi UUM
UUM dalam kalangan 1 peratus universiti terbaik Asia
Keputusan yang dikeluarkan oleh QS ini menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada tahun 2011.