awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 pelajar Malaysia akan dibawa pulang dari Mesir setiap hari

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2013
22:48 MYT
100 pelajar Malaysia akan dibawa pulang dari Mesir setiap hari
Seramai 100 orang pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang setiap hari berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara tersebut.
Menurut satu kenyataan dari Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) Prof Madya Datuk Dr Su'aidi Safei, proses penghantaran pulang pelajar kali ini bukan penghantaran pulang penuh seperti yang dilakukan dua tahun lalu.
Katanya proses penghantaran dibuat secara sukarela dan hanya pelajar yang mahu kembali ke malaysia akan dibawa pulang pulang.
“Senarai penuh berdaftar seramai 3,070 orang (206 muka surat) tetapi tidak semua berniat utk balik. Kami akan memanggil utk pengesahan dan persetujuan pelajar utk berangkat secara berperingkat,” katanya.
Menurut beliau lagi, proses penghantaraan itu mengambil kira waktu perintah berkurung yang membenarkan pelajar-pelajar tersebut dibawa keluar iaitu di antara jam 7 petang hingga 6 pagi.
“Ia lebih kepada menaja kepulangan pelajar ke Malaysia (one way) secara sukarela kerana cuti panjang pengajian yg telah Pengarah EME maklumkan dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi AlAzhar dan KPT Mesir,” kata Datuk Dr Su’aidi.
Katanya , pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendapat panggilan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memulakan proses evakuasi voluntary melalui penerbangan biasa yang ditaja oleh kerajaan.
Jelasnya, antara syarikat penerbangan yang terlibat termasuk Qatar Airways, Eyptair, Ittihad dan juga Emirates.
Dalam pada itu MKN memaklumkan persiapan rapi untuk membawa pulang lebih 3,000 pelajar Malaysia di Mesir telah pun dibuat.
Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab kesemua maklumat pelajar telah dikumpulkan dan mereka akan dibawa ke lapangan terbang sejurus selepas pengesahan tiket dibuat.
Beliau yang kini berada di Mesir bagaimanapun tidak dapat memaklumkan jumlah sebenar pelajar yang akan pulang malam ini kerana bergantung kepada kekosongan tempat duduk pesawat.
Topic Berkaitan
#eme
#Mesir
#MKN
#pelajar
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan