awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 warga Indonesia, pekerja migran dihantar pulang menerusi Program M

Bernama
Bernama
21/07/2025
16:46 MYT
1,000 warga Indonesia, pekerja migran dihantar pulang menerusi Program M
Sebanyak 1,000 warga dan pekerja migran Indonesia yang menjalani tahanan imigresen di Semenanjung telah dihantar pulang ke tanah air menerusi Program M. - Foto KJRI Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,000 warga dan pekerja migran Indonesia yang menjalani tahanan imigresen di Semenanjung telah dihantar pulang ke tanah air menerusi Program M, iaitu inisiatif kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Perwakilan Republik Indonesia di Semenanjung Malaysia.
Pelaksana Fungsi Konsulat 2, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru Leny Marliani berkata jumlah itu dicapai menerusi beberapa fasa penghantaran di bawah program berkenaan dengan sasaran keseluruhan 7,200 orang dalam tempoh dua tahun.
"Sementara itu, jumlah keseluruhan pemulangan warga Indonesia yang diuruskan oleh KJRI Johor Bahru pula mencecah 3,456 orang setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, sebanyak 232 warga Indonesia dan pekerja migran yang menjalani tahanan dihantar pulang hari ini menerusi pengurusan KJRI Johor Bahru dengan kerjasama JIM, melalui Terminal Feri Pasir Gudang menggunakan dua feri berasingan menuju ke Pelabuhan Batam Centre, Batam, Kepulauan Riau.
Kumpulan pertama membabitkan 83 orang terdiri daripada 61 lelaki, 16 perempuan, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang berlepas pada 10 pagi manaka kumpulan kedua berlepas sejam kemudian melibatkan 149 individu termasuk 124 lelaki, 21 perempuan, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Daripada jumlah itu itu, sebanyak 83 ditahan di Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Pahang manakala 149 lagi di JIM Putrajaya.
Leny Marliani turut menasihati semua warga Indonesia agar mematuhi undang-undang ditetapkan kerajaan Malaysia dan melengkapkan diri dengan dokumen perjalanan yang sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#dihantar pulang
#Program M
#pekerja migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan