awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru

Bernama
Bernama
01/05/2024
03:30 MYT
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran dan turut menawarkan penjualan talian telefon bimbit luar negara. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan 11 individu disyaki terlibat tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud dalam serbuan di dua unit kediaman sekitar bandar raya ini, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Beliau berkata polis turut merampas antaranya 41 unit telefon bimbit, enam unit komputer dan tiga kad ATM dalam serbuan kira-kira 6 petang itu.
"Siasatan awal mendapati ahli sindiket berkenaan menyasarkan mangsa dari luar negara dengan menggunakan Facebook dan Telegram," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya sindiket berkenaan dipercayai menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran dan turut menawarkan penjualan talian telefon bimbit luar negara.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tawatan kerja palsu
#pelaburan tidak wujud
#serbuan
#M Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan