awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi

Bernama
Bernama
27/10/2023
12:23 MYT
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian dalam memastikan perkhidmatan Internet yang lebih berkualiti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesemua 116 aduan berkaitan isu Internet yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada 16 Ahli Parlimen, akan diambil tindakan oleh pembekal perkhidmatan dan dipantau pejabat MCMC negeri.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata aduan berkenaan diterima sepanjang tiga hari bermula 23 Okt lepas, MCMC membuka pusat aduan Internet di bangunan Parlimen di sini, yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen telah melawat dan memeriksa kelajuan Internet di kawasan masing-masing.
"Saya merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian dalam memastikan perkhidmatan Internet yang lebih berkualiti.
"Insya-Allah kerjasama dengan kesemua Ahli Parlimen akan diteruskan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Internet di Malaysia," kata Fahmi.
Berdasarkan info grafik yang dimuat naik bersekali hantaran di Facebook, Fahmi menunjukkan kawasan Hulu Selangor merekodkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 68, diikuti Bangi (16) dan Kota Melaka (sembilan).
Kawasan Parlimen yang turut merekodkan aduan termasuk Kimanis, Pulai dan Rantau Panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aduan
#Internet
#MCMC
#Fahmi Fadzil
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan