Skip to main content

Malaysia

Syed Saddiq serah sendiri kad jemputan kahwin kepada Tun Mahathir, Hasmah

“Tetamu Istimewa Paling Senior Dalam Senarai Tetapi…” - Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kahwin Kepada Tun Mahathir & Isteri
Syed Saddiq dilihat berbual mesra dengan Dr Mahathir yang ditemani Hasmah.
Advertisement

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Syed Saddiq yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu dilihat berbual mesra dengan Dr Mahathir yang ditemani Hasmah.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membolehkan Syed Saddiq menyerahkan sendiri kad jemputan perkahwinannya yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.

“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah. Tetamu istimewa paling senior dalam senarai tetapi masih pasangan paling muda di hati,” tulisnya.

Sementara itu, tunangnya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, berkata kehadiran mereka juga untuk mendapatkan nasihat perkahwinan daripada pasangan yang berpengalaman luas dalam melayari kehidupan berumah tangga itu.

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi yang rata-rata memuji sikap hormat Syed Saddiq terhadap Dr Mahathir, selain berdoa agar pernikahannya bersama Bella dipermudahkan. - Gempak

Must Watch Video

Advertisement