awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif COVID-19 dalam tempoh seminggu

Bernama
Bernama
07/03/2022
08:51 MYT
116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif COVID-19 dalam tempoh seminggu
Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing. - Gambar hiasan/ Bernama
GEORGE TOWN: Seramai 116 pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut disahkan positif COVID-19 dalam tempoh seminggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong.
Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
"Selain pegawai dan anggota berkenaan, seramai 134 ahli keluarga mereka turut positif wabak itu. Tiada sesiapa dirawat di hospital setakat ini kerana mereka dalam kategori satu dan dua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata jangkitan wabak itu dalam kalangan pegawai dan anggota setakat ini tidak mengganggu penugasan dan operasi di IPD Timur Laut.
Katanya pihaknya menjalankan sanitasi secara berkala di premis berkenaan selain memastikan polis dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPD Timur Laut
#pulau pinang
#COVID-19
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan