Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini, berbanding 20 kawasan pada 10 malam tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan tertinggi 132, Samarahan (130), Bukit Rambai (124), Port Dickson (122) dan Kuching (177).
Tujuh lagi kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Seremban dengan bacaan IPU 115, Banting (108), Putrajaya (107), Muar (105), Pelabuhan Kelang (103), Nilai dan Jerantut masing-masing mencatatkan bacaan 102.
Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Cheras merekodkan bacaan tertinggi iaitu 100 diikuti Tanjung Malim (99), Shah Alam (98) dan Batu Muda (97).
10 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Kapit (50), Bakar Arang di Sungai Petani dan Kampung Air Putih di Taiping (42), Tanah Merah (41), Seberang Jaya 2 di Perai (31), USM (26), Langkawi (23), Pasir Gudang (22), Kangar dan Perai masing-masing mencatatkan bacaan 17.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Bernama
Mon Sep 28 2015
Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12 kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat 8 pagi ini. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.