awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2024
15:31 MYT
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau dinasihatkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggalnya.
Amirudin, yang sedang menjalani penggal kedua sebagai menteri besar, berkata nasihat itu dititipkan baginda bagi memastikan negeri berada dalam keadaan stabil dan harmoni.
Awal hari ini, Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
"Ekonomi Selangor akan terjejas dan perhatian rakyat akan beralih daripada usaha penting apabila ketidakstabilan berlaku," katanya kepada media.
Sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, akan menggantikan tempat Amirudin sebagai Menteri Besar.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Sultan Selangor
#Menteri Besar
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan