KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
1) KLUSTER INDUSTRI KAMPUNG BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar tiga buah kilang yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 167 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2) KLUSTER JALAN BANTING-KLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Banting-Klang, Telok Panglima Garang Industrial Estate, Kuala Langat. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
3) KLUSTER GUDANG SALAK TINGGI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 455 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4) KLUSTER JALAN KUALA SELANGOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-235115) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini sebuah sekolah di Kampung Tanjong Karang, Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, Kuala Selangor.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5) KLUSTER LINGKARAN CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham
6) KLUSTER JALAN CHESTER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220570) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Chester, Tawau.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7) KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BESI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Sungai Besi.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8) KLUSTER JALAN TUN MUTALIB
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9) KLUSTER JALAN ISTIMEWA TUJUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221799) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10) KLUSTER JALAN BAYU SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Bayu Satu, Bandar Seri Alam, Masai.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11) KLUSTER GONG NERING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231456) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Gong Nering, Besut.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12) KLUSTER JALAN KUBUR DARAU
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Besut di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial kes indeks di Jalan Kubur Darau dan Kampung Raja, Besut.
Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
Astro Awani
Sat Feb 06 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini. - Gambar hiasan
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah
Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 pada Rabu.
COVID-19: Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah
Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
COVID-19: 22 Kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah
Tiga lagi kluster COVID-19 diisytiharkan tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
PRN Johor: JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.
Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston
Seorang warga emas yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.
COVID-19: Malaysia rekod 4,774 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatat 4,774 kes COVID-19 pada Isnin, sedikit menurun dari semalam.
COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup
Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 17 Januari hingga 23 Januari.
COVID-19: 36 kes dikesan babitkan kluster di SMK Tambunan
Sebuah kluster COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat hari ini.
Satu kluster dikesan babitkan PRN Melaka, kes indeks petugas jentera parti - Exco Negeri
Satu kluster membabitkan dua madrasah dikesan tercetus akibat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
COVID-19: Pemandu kereta sapu cetus Kluster Tumbalang di Ranau
Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif COVID-19.