awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina

12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2026
07:15 MYT
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
Antara penyokong pasukan Selangor FC yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Rabu atas dakwaan memiliki dan menyalahgunakan dadah pada Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seramai 12 penyokong Selangor FC dihadapkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan memiliki dan menyalahgunakan dadah pada Ahad lalu.
Tertuduh Muhammad Amirul Izham Anuwa, 26, didakwa memiliki dadah berbahaya yang disyaki kanabis seberat 1.12 gram (berat kasar) kira-kira jam 9.30 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 2 Februari lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-dua sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh, tempat dan waktu yang sama telah ada dalam milikannya dadah berbahaya yang disyaki nimetazipam seberat 0.37 gram (berat kasar).
Justeru, tertuduh telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen 12(3) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Kedua-duanya pertuduhan dibaca bersama dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000.
Satu lagi pertuduhan Muhammad Amirul Izham berdepan dakwaan memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis Tetrahydrocannabinol di dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Terengganu pada tarikh dan masa yang sama.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B(1) ADB 1952.
Jika sabit kesalahan boleh di hukum tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan Pengawasan Polis (PS) tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Lima lagi tertuduh iaitu Adam Hakimi Misra, 20; Asyraaf Syazwan Azman, 25; Akmal Haqim Amir Hamzah, 25; Mohamad Alif Aiman Abdullah, 26 dan Muhammad Akmal Hakim Abd Aziz, 29, turut berdepan pertuduhan sama iaitu memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetrahydrocannabinol di dalam badan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2.55 hingga hingga 3.45 pagi di pejabat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada 2 Februari.
Oleh itu, kelima-lima tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut seksyen 15(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 38B(1) ADB 1952.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan Pengawasan Polis (PS) tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Kesemua tertuduh diikat jamin RM2,000 sementara menunggu keputusan kimia.
Sementara di mahkamah berasingan, enam lagi tertuduh iaitu Mohamad Shafirul Hisham Hassan, 26; Ahmad Ziyad Zulkifli, 26; Muhamad Syafiq Junaedi, 27; Muhammad Afiq Haikal Gunawan, 27 dan Ahmad Naqiuddin Ahmad Nordzri, 29, didakwa melakukan kesalahan sama antara jam 12.30 tengah malam hingga 3.20 pagi pada tarikh dan masa yang sama.
Justeru, kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut seksyen 15(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 38B(1) ADB 1952.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan Pengawasan Polis (PS) tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Seorang lagi tertuduh, Muhammad Asyraf Azli, 25, didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis Methamphetamine ke dalam badan antara jam 12.30 tengah malam hingga 3.31 pagi di perkarangan IPK Terengganu pada tarikh sama.
Oleh demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Pindaan 2002), jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan Pengawasan Polis (PS) tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 30 April depan.
Pendakwa kes itu dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli dan Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh diwakili peguam Nur Wahidah Kamilah Razali. -- Sinar Harian



Topic Berkaitan
#penyokong Selangor FC
#menyalahgunakan dadah
#Kuala Terengganu
#nyalakan suar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.