awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 premis termasuk bangunan kerajaan rosak dilanda ribut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/04/2022
14:42 MYT
12 premis termasuk bangunan kerajaan rosak dilanda ribut
Ribut turut merosakkan khemah majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang dijadual berlangsung pada Selasa. - Gambar/ APM
PENDANG: Lapan rumah selain tiga bangunan kerajaan dan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang mengalami kerosakan selepas dibadai ribut, pada Isnin.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, ribut disertai hujan lebat yang berlaku pada jam 4.40 petang turut merosakkan khemah majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor di Masjid Sultanah Haminah, yang dijadual berlangsung pada Selasa.
"Sebuah rumah di Kampung Sukamari, satu di Kampung Alor Parit, dua rumah di Kampung Belakang Pendang manakala empat rumah di Kampung Tanjung Radin mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
“Kejadian itu turut mengakibatkan laluan di kampung Batu Hampar, Kampung Tanjung Radin, Kampung Rambai, Alor Berala, Kampung Alor Pudak dan Pondok Gajah Mati terhalang akibat pokok tumbang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Yuslina berkata, tindakan segera telah dilakukan APM dengan memotong dahan pokok dan mengalihkannya.
Katanya, APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membuat penilaian kerugian untuk penyaluran bantuan segera.
Topic Berkaitan
#ribut pendang
#APM
#Menteri Besar
#berbuka puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan