MALAYSIA
12 termasuk 7 pegawai penguat kuasa ditahan sindiket 'counter setting'

SPRM menegaskan operasi akan diteruskan di beberapa lokasi lain bagi memastikan tiada lagi kebocoran di pintu masuk negara, sekali gus membanteras kegiatan rasuah yang menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara. - Foto SPRM
JOHOR BAHRU: Seramai 12 individu termasuk tujuh pegawai penguat kuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana dipercayai terlibat dalam sindiket counter setting yang membolehkan warga Indonesia masuk ke negara ini dengan cara tidak sah.
Ringkasan AI
- SPRM Johor menahan 12 individu termasuk tujuh pegawai penguat kuasa kerana terlibat dalam sindiket *counter setting* kemasukan warga Indonesia secara tidak sah.
- Sindiket dipercayai menerima lebih RM490,000 suapan sejak 2024, dengan rampasan wang tunai, mata wang asing, kenderaan serta 25 akaun bank dibekukan.
- Kes disiasat bawah Akta SPRM 2009 dan operasi akan diteruskan bagi membanteras rasuah serta kebocoran di pintu masuk negara.
Menurut sumber, 12 suspek berusia lingkungan 20 hingga 50-an terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita.
Mereka diberkas dalam operasi khas di beberapa lokasi di Johor dan Pulau Pinang semalam.
Siasatan mendapati pegawai penguat kuasa terbabit dipercayai menerima suapan lebih RM490,000 daripada ejen serta runner yang turut ditahan.
Sindiket itu dikatakan aktif sejak 2024 hingga awal tahun ini dengan menggunakan modus operandi counter setting di pintu masuk laut.
Dalam operasi berkenaan, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM50,000, mata wang asing berjumlah 71 juta rupiah Indonesia, sebuah kereta jenis Toyota Vellfire bernilai RM115,000 serta motosikal Italjet Dragster bernilai RM30,000. Turut dibekukan, 25 akaun bank milik 13 individu dengan
Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Dua lagi suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Sumber juga memaklumkan bahawa sindiket berkenaan dipercayai menggunakan kaedah yang tersusun dengan melibatkan peranan runner untuk mengutip bayaran daripada pendatang sebelum menyerahkannya kepada pegawai penguat kuasa yang bersekongkol.
SPRM menegaskan operasi akan diteruskan di beberapa lokasi lain bagi memastikan tiada lagi kebocoran di pintu masuk negara, sekali gus membanteras kegiatan rasuah yang menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami