awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120 ditahan jadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang litar lumba haram

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/07/2022
01:00 MYT
120 ditahan jadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang litar lumba haram
Tindakan sekumpulan individu menjadikan lokasi di sekitar Gunung Keriang sebagai litar lumba haram berjaya dibanteras polis pada Jumaat. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Lokasi di Gunung Keriang sepatutnya dijadikan tempat riadah keluarga pada cuti hujung minggu di Kedah.
Namun, sebaliknya yang berlaku di mana sekumpulan individu menjadikan lokasi berkenaan sebagai litar lumba sehingga mencetuskan ancaman serta gangguan kepada orang ramai.
Kegiatan kumpulan ini bagaimanapun telah diintip sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, yang bertindak mengepung dan menahan individu terbabit pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, selepas serbuan dilakukan, sebanyak 77 motosikal, 30 kereta dan 120 individu ditahan.
Sejumlah 86 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal motosikal dan 30 pemandu kereta.
Antara kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu, ubah suai kenderaan, tiada cukai jalan dan tamat tempoh, serta kesalahan berlumba.
"Kebanyakan kesalahan ini tidak mempunyai lesen memandu dan juga ubah suai motosikal.
"Ini kesalahan paling banyak dan ada juga di antara pemandu kereta ini yang sebagai penonton, mereka juga tidak mempunyai lesen memandu dan kita keluarkan saman ke atas mereka juga," kata Ahmad Shukri.
Katanya lagi, kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 16 dan 30 tahun, termasuk pelajar sekolah.
Jelas Ahmad Shukri, ibu bapa dan penjaga ini dipanggil dan diberi nasihat supaya mengawasi dan memantau pergerakan anak mereka.
Topic Berkaitan
#gunung keriang
#litar lumba haram
#ubah suai motosikal
#Ahmad Shukri Mat Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan