awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120 surat setuju terima akan diserahkan kepada syarikat dalam masa terdekat - Fadillah

Bernama
Bernama
16/10/2021
08:19 MYT
120 surat setuju terima akan diserahkan kepada syarikat dalam masa terdekat - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyerahan SST itu selaras matlamat pencapaian awal 100 hari kementerian itu dalam melaksanakan agenda pemulihan ekonomi bagi sektor pembinaan. - Gambar fail/BERNAMA
KETEREH: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menyerahkan 120 surat setuju terima (SST) bagi projek pembinaan di seluruh negara yang peruntukannya telah diluluskan kerajaan Persekutuan kepada syarikat terlibat dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyerahan SST itu selaras matlamat pencapaian awal 100 hari kementerian itu dalam melaksanakan agenda pemulihan ekonomi bagi sektor pembinaan termasuk meningkatkan infrastruktur rakyat dari aspek jaringan keterhubungan, keselesaan dan keselamatan.
"Dengan penyerahan SST ini, ekonomi negara dapat digerakkan kembali supaya negara dapat balik kepada kedudukan dahulu kerana satu daripadanya sumbangannya adalah melalui projek pembangunan termasuk jalan raya.
"Sebab itu, KKR turun melihat tapak projek untuk memastikan semua peruntukan yang telah diluluskan diberikan SST termasuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar supaya peruntukan sampai ke peringkat akar umbi malah mencari penyelesaian untuk tangani cabaran dihadapi semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bagi Pakej 2B: Ketereh ke Kok Lanas di sini hari ini.
Mengenai perkembangan projek KBKK bagi pakej berkenaan yang melibatkan laluan sepanjang 6.2 kilometer (km) dari Ketereh ke Kok Lanas itu, Fadillah berkata ia telah mencapai hampir 76 peratus proses pelaksanaan kerja dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan.
"Pakej 2B ini diberikan pertambahan masa dan dari segi perbincangan yang kami lakukan, ia melibatkan cabaran keadaan semasa dan cuaca musim tengkujuh.
"Namun, kontraktor memberi jaminan untuk menyiapkan projek berkenaan pada Mei. Jadi sebab itu kita kena cari jalan untuk bantu di peringkat Jabatan Kerja Raya dan kontraktor bagi memastikan projek ini siap tahun hadapan," katanya.
Selain itu, beliau berkata KKR juga telah memuktamadkan proses perolehan bagi tiga lagi subpakej untuk pelaksanaan projek KBKK pada tahun ini membabitkan Kok Lanas-Machang-Bukit Tiu dengan laluan sepanjang 19.13 km, Kampung Berangan Mek Nab-Keroh (9.8 km) dan Keroh-Kuala Krai (8.6 km).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kerja Raya
#KKR
#Surat Setuju Terima
#SST
#projek pembinaan
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan