awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2021
01:57 MYT
128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama
Mendapan bawah tanah pada asrama pelajar lelaki UIAM pada Ahad. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam tadi.
Menurutnya, saksi yang juga pelajar di UIAM itu memaklumkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika hujan lebat dan mereka diarahkan mengosongkan bangunan asrama.
"Pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kesan rekahan pada dinding atau lantai bangunan, " katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mendapan jalan berlaku dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.
"Pihak pengurusan UIAM sudah menutup kawasan tersebut dengan meletakkan kon dan sawar-sawar dan menghubungi Konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut, " katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#asrama pelajar lelaki
#mendapan jalan
#UIAM Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan