awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM temui 40 bungkus daun ketum terapung di perairan Pantai Leman
[TERKINI] Titah Adendum: Hormati keputusan mahkamah, elak keruhkan suasana - PM
AS naikkan insentif penghantaran pulang sukarela kepada AS$3,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 anggota sindiket dadah terbesar didakwa esok - Ayob Khan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/01/2021
05:45 MYT
13 anggota sindiket dadah terbesar didakwa esok - Ayob Khan
Jelas Ayob Khan lagi, pihak polis masih mengesan suspek yang masih bebas dalam sindiket dadah ini. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU:13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata selepas kertas siasatan selesai, lapan daripada mereka akan didakwa dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Lima lagi suspek akan didakwa dibawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 manakala empat lagi suspek dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan.
"Orang awam bertanya selepas kita buat operasi besar-besaran, ada komen ini tangkapan ada tak ada pertuduhan?
"Ini saya kongsikan dengan rakan media dan masyarakat umum bahawa kita bukan saja menjalakan operasi tangkapan rampasan, tetapi kita akan pastikan mereka dituduh, insyaallah diharap mereka disabitkan kesalahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Jelas Ayob Khan lagi, pihak polis masih mengesan suspek yang masih bebas dalam sindiket dadah ini.
Awal tahun ini, polis Johor berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM200 juta, yang menjadi rampasan terbesar dalam sejarah PDRM.
Pembongkaran lima setor penyimpanan dadah dan dua makmal haram memproses dadah itu turut berjaya menahan 17 suspek termasuk 7 wanita tempatan berusia 17 hingga 62 tahun.
23 serbuan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Januari lalu itu dilakukan hasil risikan selama setahun.
Topic Berkaitan
#PDRM
#sindiket
#ketua polis johor
#Dadah
#ayob khan mydin pitchay
#suspek
#polis johor
#sindiket dadah terbesar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan